“Hebatnya Zulkaedah dan Zulhijjah” – Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin

“Menyuci hati dengan menyebut Allah!”

“Aku dipenjarakan dalam penjara Ketuhanan tanpa sesuatupun, yg Wujud hanya DzatNya Yg Maha Esa. Namun terkadang aku adalah hamba dan terkadang AKU adalah Tuhan, tetapi Tuhan tetap Tuhan dan hamba tetap hamba. Dua pertemuan lautan yg tiada dapat dilampaui oleh yg lainnya, Zahirku adalah hamba dan batinku tenggelam dalam Tuhan. Hati-hati! Syariat Muhammadiyah jangan dilampaui sekali-kali!”

“Apabila engkau menerima fitnah dan cubaan, serahkanlah kepada Allah dan biarkanlah Dia Yg mengurusimu. Jikalau engkau benar dengan Allah, seluruh manusia membencimu tidak akan memberi mudarat apa-apapun kedudukanmu Disisi Allah”


“Jikalau engkau masih melakukan maksiat, maka janganlah mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun, bertaubatlah segera, mohonlah rahmat dan keampunan Allah”


“Janganlah engkau merasakan bahawa dirimu itu bersangkut-paut dengan apapun ketentuan Allah, nescaya engkau masih menyembah dirimu sendiri!”

“Segolongan daripada mereka itu ada lagi orang yg terbuka hakikat Keesaan/Ahadiyah, sehingga diri mereka tiada dalam Kewujudan Allah dan dapat menyaksikan rahsia Allah melihat Allah. Mereka mengecapi rahsia ini hanya seketika, kerana kembali kepada ubudiyyah kemanusiaan”

“Barang kemana engkau berhadap disanalah Wajah Allah, Dia tidak seumpama sesuatu”

“Mati mari bila-bila, dimana-mana, oleh itu sentiasalah jadikan dirimu ahli taubat sebelum mati!”

“Dajal-dajal diakhir zaman sudah berkeliaran dimana-mana, jaga-jaga!”

“Awas! Dajal sudah naik mimbar, ujian semakin hebat!”

“Waspadalah! Ejen dajal yg paling ramai adalah kaum hawa diseluruh pelusuk dunia!”

“Pengkhianat dan tali- barut penjajah akan dikutuk oleh umat Islam!”

“Awal perjalanan menuju kepada makrifatullah iaitu banyak mengingati Allah, uzlah hatimu dengan zikrullah walaupun tubuhmu tetap bersama makhluk. Kesudahannya akan mencapai makrifatullah dan hadir Allah pada segala sesuatu yg engkau pandang, dengar dan dirasai, segala sesuatu rosak binasa melainkan Allah adalah pandangan batin ahli Allah”

‘Tiada wujudmu pada hakikatnya melainkan Wujud Allah, wujudmu itu adalah cermin Kewujudan Allah”

“Diamlah dalam urusan nafsumu, dan jangan engkau diam dalam urusan hukum Tuhanmu!”

Ya Allah! Aku lemah dan tidak berdaya, aku bertaubat kepadaMu zahir dan batin….

“Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yg kami sembunyikan, dan yg kami zahirkan, dan tidak ada sesuatupun yg tersembunyi bagiMu, baik yg ada dibumi ataupun yg ada dilangit….”

“Ya Tuhan kami! Jadikanlah kami dan anak cucu kami orang-orang yg tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami! Ampunkanlah kami dan kedua ibubapa kami, dan sekalian orang-orang yg beriman….”

“Sabarlah wahai hambaKU, sehingga datangnya ketentuanKU keatasmu. Tempat rehatmu diakhirat DisisiKU…. Ya Allah! Maafkanlah aku, aku lemah, bodoh dan jahil!”

“Redhamu kepadaKU itu adalah lebih agung daripada takdir-takdirKU”


“Berjalanlah dalam takdirKU, bukan dalam kehendak dan keinginanmu”

_BUTA SELAIN ALLAH

Leave a Comment