Daily Archives: March 27, 2024
Anak.
SANTAPAN JIWA ORANG TUA BUTA 😍
Anak adalah rahsia orang tuanya.
Orang tua harus bisa menjadi teladan untuk anak-anaknya. Perlu mempunyai akhlak yang baik dan menjaga peraturan dan kewajipan agama.
Mereka juga perlu menjauhi perkara yang haram serta menjauhi dosa keseluruhannya (sebaiknya).
Ini kerana kebiasaannya, anak akan MENGIKUTI perangai orang tuanya. Mereka akan menjadi remaja sesuai dengan kebiasaan perangai orang tua mereka.
Itulah sebab ada kata2 orang dulu “Anak adalah rahsia orang tuanya” kerana setiap perangai mungkin mereka contohi dri orang tuanya.
Jadi , bertakwalah para ibu bapa kepada Allah dalam mendidik anak-anak.
Jadilah teladan yang baik kepada mereka dalam beristiqamah, ketaatan dan beribadah kepada Allah SWT.
Biar pun susah dipandang mata keadaan itu…..
kekalkan perbuatan agar selalu tersenyum…..
Sampaikan ilmu Allah itu walau pun ia hanya sepotong ayat dimana saja kamu berada dgn penuh berfatonah dan kasih sayang 🙏🙏🙏

